AHLI kumpulan BTOB, Sungjae memberitahu dia terlalu meminati hobi memancing sehingga dikatakan membuatkannya ketagih untuk melakukan aktiviti itu. Sungjae, 20, berkata, hobi tersebut dilakukan sejak zaman kanak-kanak apabila sering mengikuti ayahnya turut memancing di laut. "Saya sangat suka memancing, malah boleh dikatakan menjadi tabiat yang membuatkan saya ketagih untuk melakukan aktiviti itu. "Walaupun sibuk dengan kerjaya nyanyian saya tidak pernah terlepas melakukan aktiviti ini. Kalau terlalu sibuk sekali pun saya tetap akan pergi dua minggu sekali memancing di kolam," ujarnya. Sungjae menganggap ia adalah perkara normal kerana aktiviti itu antara hobi yang popular di kalangan anak muda seusiannya.