Menurut Sumber, suami Angelina Jolie itu berusaha keras memujuk model terkenal itu untuk memberi kerjasama kepada produksi miliknya.
"Brad berpendapat bakat Cara belum digali sepenuhnya, Brad benar-benar berharap Cara mahu bekerjasama, namun wanita itu mempunyai masalah jadual yang terlalu padat," ujar sumber.
Walaupun harapan tipis untuk mendapatkan Cara, Pitt tetap berusaha berkomunikasi dan memperkenalkan Cara dengan seorang guru lakonan terbaik Hollywood.
Cara terlibat secara serius dalam bidang lakonan sejak tahun 2014. Pada tahun 2015 sahaja, dia tampil dalam lima buah filem.