Soompi melaporkan, selain teman lelakinya iaitu Chioza, Sulli turut berhenti mengikut akaun rakan-rakan artis dan pihak pengurusannya, SM Entertainment.
Sulli tidak mengikut mana-mana akaun di Instagram.
Tindakannya itu menimbulkan rasa curiga di kalangan peminat yang tertanya-tanya berhubung punca sebenar Sulli berbuat demikian.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat akaun Instagram milik Sulli telah diceroboh oleh pihak tertentu seperti mana berlaku kepadanya sebelum ini.