Hollywood Life melaporkan mereka ingin berbuat demikian kerana mahu hubungan mereka bertambah kuat dengan membuat ikrar tersebut.
"Mereka tidak mahu menyambut ulang tahun perkahwinan hanya sekadar mengadakan sebuah majlis tetapi turut mengambil kesempatan untuk memperbaharui ikrar mereka sebelum ini.
"Pada mereka ia sangat penting bagi membawa hubungan mereka ke tahap lebih baik.
"Biarpun sudah berkahwin selama 10 tahun namun mereka masih seperti pasangan bercinta dan mereka sehati sejiwa," kata sumber terdekat pasangan itu.
Hasil perkahwinan pasangan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Faith Margaret dan Sunday Rose.
Nicole juga mempunyai dua anak angkat bersama bekas suaminya, Tom Cruise iaitu Isabella Jane dan Connor.