PELAKON Liam Hemsworth menyangkal dakwaan dia kembali bertunang dengan penyanyi kontroversi Miley Cyrus seperti heboh diperkatakan baru-baru ini. Aktor itu menjawab perkara tersebut dalam satu temuramah bersama Australia's Week. "Tidak, saya belum bertunang semula dengan Miley," ujarnya. Khabar angin pertunangan itu tersebar apabila Miley dilihat memakai semula cincin pertunangan mereka selepas kedua-dua pasangan selebriti itu kembali menjalinkan hubungan cinta. Dalam pada itu, tambah Liam dia mahu hubungan mereka berjalan secara perlahan dan tidak mahu terburu-buru seperti yang pernah dilalui sebelum ini.