VOKALIS kumpulan EXID, Hani mempunyai perangai buruk iaitu suka mencatat apa juga yang berlaku dalam kehidupan yang dilalui setiap hari. Malah, dia juga sering mencatatkan kesalahan yang dilakukan pengurusnya biarpun kesalahan tersebut sekadar perkara remeh. "Saya selalu mencatat perkara-perkara remeh seperti berat badan setiap pagi dan malam. Saya juga mencatat kesalahan-kesalahan remeh yang sering dilakukan oleh pengurus saya. "Dia sering lupa mengingatkan saya untuk mengganti baju dan memberi jadual untuk hari esok," ujarnya. Pengakuan yang dibuat oleh wanita itu dalam sebuah program televisyen membuatkan penonton ketawa dan menganggap ia sebagai sesuatu yang unik.