KUMPULAN popular A Pink yang dianggotai oleh enam wanita tidak pernah sekalipun terkait dengan gosip percintaan sejak ditubuhkan lima tahun lalu. Ahlinya Eun Ji memberitahu dalam satu temubual radio, mereka jatuh cinta dengan peminat membuatkan tiada sebarang gosip tentang kekasih. "Kalau ingin tahu kenapa kami tidak pernah ada gosip bercinta, ia kerana kami jatuh cinta dengan peminat-peminat kami sendiri," jawabnya. Jawapan tersebut turut mengundang pelabgai reaksi peminat-peminat mereka yang gembira dengan kenyataan tersebut. "Mereka bijak menjaga reputasi mereka dengan peminat. Mereka sebanarnya bercinta secara sembunyi tanpa menunjuk-nunjuk. "Tidak tahu bagaimana perasaan peminat mereka bila tahu mereka bercinta," ujar peminat.