suria

Song Joong Ki & Song Hya Kyo Artis Terlaris Bintangi Iklan

POPULARITI drama Descendants of the Sun benar-benar memberi rezeki buat dua pelakon utamanya iaitu Song Joong Ki dan Song Hya Kyo.

Pasangan dalam drama ini dilaporkan tersenarai sebagai bintang Korea paling laris bagi membintangi iklan-iklan produk di negara itu.

Kajian yang dibuat oleh Institut Kajian Bisne Korea bermula March hingga 29 April 2016.

"Populariti drama itu dilihat tidak tamat pada masa terdekat, ia melihat daripada kekuatan dua bintang utama drama ini yang menjadi bintang iklan paling laris untuk beberapa bulan ini selepas tayangan drama itu selesai," ujar pihak institut.

Tempat ketiga bintang iklan paling laris diduduki oleh Seolhyun AOA.

Song Joong Ki, Song Hya Kyo

Artikel Lain