suria

Peminat Dari Eropah Beri Kejutan Pada Boys Republic

Boys Republic membuat kemunculan semula selepas tiga tahun menyepi.
KEMUNCULAN semula Boys Republic ke persada muzik kpop disertakan dengan kejutan istimewa apabila sekumpulan peminat dari Eropah sanggup terbang ke Korea Selatan demi meraikan mereka.

Soompi melaporkan kedatangan mereka hasil daripada penubuhan kelab peminat kumpulan itu di Eropah yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Britian, Hungary, Belanda dan Austria.

"Mereka akan berada di Seoul selama sebulan semata-mata untuk meraikan kami dan untuk terbang lebih dari 10 jam dan berada di negara asing bagi tempoh yang panjang bukanlah perkara mudah.

"Kami amat terharu dan tidak ada apa yang mampu kami lakukan untuk membalas jasa mereka selain mengingati wajah dan setiap nama mereka", luah Boys Republic.

Kumpulan itu pertama kali muncul pada tahun 2013 ini sedang giat mempromosikan lagu terbaharu mereka berjudul Get Down.

Memiliki hubungan akrab dengan kelab peminat mereka, Boys Republic kini mendapat tempat istimewa selepas tiga tahun berkarya.

Boys Republic

Artikel Lain