PENYANYI Adele dilaporkan bakal menandatangi kontrak bernilai £90 juta Pound (RM540 juta) yang termahal pernah diberikan kepada artis kelahiran British.
Adele, 28, berjaya memecah rekod penyanyi Robbie Williams yang sebelum ini menerima £80 juta Pound (RM480 juta) daripada syarikat rakaman EMI pada tahun 2002.
Sumber memberitahu pihak Sony Music tidak mahu kehilangan Adele yang tanpa ragu-ragu adalah bintang terbesar dalam industri muzik ketika ini.
Adele yang dijangka menandatangani kontrak bersama syarikat berkenaan dalam masa terdekat ketika ini mempunyai harta kekayaan bernilai £85 juta Pound (RM510 juta).
"Kontrak Adele bersama syarikat rakamannya di London iaitu XL tamat baru-baru ini dan Sony adalah syarikat pengedar albumnya dibawah Columbia Records di Amerika Syarikat.
"Perjanjian dan kontrak bersama Adele dapat memberi Sony hak melancarkan albumnya di seluruh dunia," kata sumber.