PELAKON dan penyanyi Honey Lee membatalkan persembahan 30 minit sebelum konsert berlangsung membuatkan peminat yang sudah berada di lokasi berang dengan berita tersebut. Soompi melaporkan Honey turut mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya dan menjelaskan sebab sebenar konsert itu dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran pihak berwajib. "Saya minta maaf. Konsert terpaksa dibatalkan kerana terdapat masalah dengan pihak berwajib dan kami hanya diberitahu tidak dapat meneruskan persembahan 30 minit sebelum acara bermula. "Saya kesal dengan kejadian yang berlaku dan meminta maaf sekali lagi kepada semua yang bersusah payah hadir pada konsert itu," katanya.