suria

Tutup Perut Dengan Beg, Jennifer Aniston Nafi Hamil

Jennifer dan Justin keluar bersiar-siar di Manhattan, New York pada Sabtu.

PELAKON terkenal Hollywood  Jennifer Aniston sekali lagi dilaporkan hamil apabila dia dilihat menutup perutnya dengan sebuah beg ketika bersiar-siar dengan suaminya Justin Theroux di Manhattan, New York pada Sabtu.

Daily Mail melaporkan Jennifer, 47, turut mengikat sehelai jaket denim pada bahagian pinggangnya bagi mengelak perutnya dilihat secara jelas.

Jennifer menutup perutnya dengan sehelai jaket denim dan beg.
Tindakan itu juga bagi mengelak paparazi yang menggeruminya mengambil gambar bahagian perutnya.

Rentetan kejadian itu, ramai mula membuat kesimpulan pelakon siri Friends itu sedang hamil.

Bagaimanapun pihak pegawai perhubungan Jennifer segera menafikan dakwaan itu dan menegaskan pelakon itu tidak hamil.

Sebaliknya, Jennifer bertindak menutup perutnya dengan jaket dan beg kerana sebelum gambarnya diambil dia dan Justin baharu sahaja selesai menikmati makanan tengah hari.

"Dia makan banyak dan perutnya kelihatan buncit. Menyedari ramai paparazi sedang menantinya dia menutup perut dengan jaket dan beg kerana berasa malu.

"Tambahan dia tidak mahu ada salah faham apabila melihat perut buncitnya itu kerana dia sedang hamil," katanya.
Jennifer Aniston, Justin Theroux

Artikel Lain