AKTOR drama Descendants of the Sun, Song Joong Ki mengakui selesa dan berharap dapat berlakon semula bersama gandingannya dalam drama tersebut iaitu Song Hye Kyo. Joong Ki meluahkan perasaan itu ketika bertemu peminatnya di Taipei, Taiwan, Sabtu lalu. Katanya, dia dapat mencapai keserasian ketika berlakon dengan artres Full House itu. "Jika Song Hye Kyo setuju untuk kami bergandingan bersama dalam drama lain, saya sangat gembira sekali. "Malah, peminat-peminat saya tentu gembira untuk melihat kami bersama lagi," ujarnya. Dalam pada itu, program jelajah bertemu peminat sudah pun tamat, Joong Ki bakal memulakan penggambaran untuk filem berjudul Battleship Island. Dia bakal bekerjasama dengan beberapa pelakon lain seperti Hwang Jung-min, So Ji-sub and Lee Jung-hyun.