PELAKON Sandra Bullock dinasihatkan tidak membuat keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang fotografer berusia 50 tahun iaitu Bryan Randall. Ia disebabkan lelaki tersebut mempunyai rekod buruk dan baharu sahaja keluar daripada pusat pemulihan kerana pengambilan ubat-ubatan terlarang. Seperti dipetik Female First, bekas gurunya, Geraldine Filipi berkata, mendiang ibunya Helga Mathide juga tidak akan bersetuju dengan hubungan pasangan itu. "Saya tidak yakin hubungannya akan bahagia jika berkahwin dengan Bryan. Malah jika ibunya masih hidup, Sandra tidak mungkin dapat hidup bersama kekasihnya itu," ujarnya. Tambahnya, Sandra sering bernasib malang dalam membuat pilihan teman hidup. Dia berharap, wanita itu dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama seorang lelaki yang sesuai untuk dirinya. "Sandra tidak pandai menilai seorang lelaki yang baik untuknya. Dia seorang artis yang berjaya dan kenapa perlu tergesa-gesa membuat keputusan yang berisiko,?" soalnya.