suria

Lady Gaga & Taylor Kinney Tamatkan Ikatan Pertunangan

Lady Gaga dan Taylor Kinney menamatkan ikatan pertunangan mereka selepas lima tahun bersama.

PENYANYI Lady Gaga dan pelakon Taylor Kinney dilaporkan telah menamatkan pertunangan mereka lapor People.

Pasangan itu bertunang pada 14 Februari tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

"Saya tidak dapat bayangkan bersama dengan orang lain selain daripada Taylor.

"Dia adalah lelaki paling tepat dan saya dapat rasakan perasaan itu," kata Gaga ketika ditanya mengenai Taylor sebelum lelaki berkenaan melamarnya dalam satu temubual bersama Howard Stern.

Gaga ketika ini sedang bercuti bersama rakan-rakannya di Cabo, Mexico dan dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangannya.

Dalam pada itu, sumber memberitahu pasangan berkenaan mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka kerana jadual mereka yang terlalu padat sehingga menghadkan masa mereka bertemu.

Kata sumber itu lagi, karier lakonan Taylor berpaksi di Chicago manakala Gaga perlu berada di Los Angeles selain perlu menjelajah ke seluruh dunia menghiburkan peminat.

"Mereka jarang bertemu kerana jadual kerya yang padat dan kerana itu hubungan mereka semakin hambar. Jalan terbaik adalah berpisah secara baik," kata sumber berkenaan.

Gaga dan Taylor bertemu ketika penggambaran video muzik lagunya berjudul You And I pada Julai 2011.

Lady Gaga, Taylor Kinney

Artikel Lain