PENYANYI Justin Bieber diberi amaran oleh Pusat Haiwan Toronto, Amerika Syarikat selepas tindakannya memuat naik gambar bersama harimau di Instagram telah melanggar peraturan ditetapkan oleh undang-undang. Hollywood Repoter melaporkan satu surat juga telah dihantar kepada pihak pengurusan penyanyi itu berhubung perkara berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut. Amaran itu dikeluarkan kerana ia bukan kali pertama Justin memuat naik gambar bersama haiwan liar di laman sosial miliknya kerana pernah berbuat demikian pada April dan Mei lalu. "Jelas Justin mempunyai perasaan kasih terhadap haiwan seperti kebanyakan orang lain namun tindakannya mengambil gambar bersama haiwan liar adalah satu kesalahan," kata wakil PETA.