PENYANYI Ariana Grande dan teman lelakinya Ricky Alvarez dilaporkan sudah berpisah hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. E Online melaporkan Ariana yang mengambil keputusan berpisah dengan lelaki berkenaan kerana sudah tidak mempunyai persefahaman. Bagaimanapun sumber terdekat penyanyi itu menyangkal dakwaan perpisahan itu berpunca daripada sikap Ricky yang curang terhadapnya. "Dia gembira dengan kehidupan solo tanpa terikat dengan sebarang hubungan buat masa ini. "Mereka masih kekal sebagai rakan walaupun telah berpisah," katanya. Ariana sebelum ini memberi gambaran tentang perpisahan tersebut apabila bertindak memadam gambar dan status berhubung lelaki berkenaan di laman sosial.