KHABAR terbaharu tentang hubungan pasangan Suzy dan Lee Min Ho kini dikatakan sudah putus.
Seperti dipetik Sports Today, kesibukan kerjaya menjadi alasan berakhirnya hubungan percintaan tersebut.
Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu berjanji untuk terus menjaga hubungan baik mereka.
"Suzy dan Lee Min Ho baru sahaja putus, namun mereka masih baik sebagai rakan artis," ujar sumber.
Ahli Miss A itu dikhabarkan sedang sibuk dengan drama baharunya berjudul Uncontrollably Fond.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada awal 2015.