Aktor berusia 35 tahun itu dikatakan baharu sahaja membuka laman sosial Instagramnya pada Selasa lalu.
Dia memuat naik gambar pertamanya sebagai watak Loki dalam filem terbaharunya berjudul Thor: Ragnarok yang bakal keluar pada tahun depan.
Sehingga kini jumlah pengikutnya di laman sosial itu mencecah 400,000.
Perkara ini membuatkan peminat-peminatnya meninggalkan komen dan meminta agar aktor itu mengikuti akaun Instagram milik kekasihnya.