suria

Gagal Lunas Ansuran, Ferrari Milik Tyga Ditarik

Ferrari milik Tyga ditarik selepas penyanyi rap itu gagal membayar ansuran bulanan kenderaan mewah itu.
FERRARI milik Tyga ditarik oleh penarik kereta selepas penyanyi rap itu dilaporkan sudah beberapa bulan tidak melunaskan bayaran ansuran kenderaan tersebut.

TMZ melaporkan ketika kejadian Tyga bersama teman wanitanya, bintang realiti Kylie Jenne sedang berada di kedai pameran kereta kerana ingin membeli kenderaan baharu.

Gara-gara Ferrari itu ditarik, pasangan itu terpaksa menelefon rakan untuk menumpangkan mereka pulang ke rumah.

Sumber melaporkan Tyga sudah diberi amaran kerana gagal membayar ansuran Ferrari tersebut sebelum ini namun dia itu tidak mengendahkannya.

Pada April lalu, sebuah syarikat kereta memfailkan saman terhadap penyanyi rap itu ekoran gagal melunaskan bayaran bulanan dua buah kereta mewah miliknya iaitu Lamborghini dan Bentley Mulsanne.

Difahamkan kereta berkenaan juga sedang menunggu masa ditarik dan syarikat berkenaan ingin Tyga menanggung kerugian yang dialami.

Dalam pada itu, masalah kewangan penyanyi itu dilihat semakin meruncing apabila Tyga juga menghadapi beberapa saman berhubung kegagalannya membayar sewa rumah dan bangunan yang bernilai hampir USD500,000.

Media di Amerika Syarikat melaporkan penyanyi rap itu hanya mempunyai harta kekayaan di antara USD1 juta hingga USD8 juta.

Tyga, Ferrari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain