suria

Tiket Konsert Park Hyo Shin Habis Dijual Dalam 12 Minit

Tiket untuk menyaksikan konsert Park Hyo Shin habis terjual hanya dalam masa 12 minit.

PENYANYI Park Hyo Shin mencipta sejarah apabila tiket konsertnya yang bakal berlangsung pada Oktober depan habis dijual hanya dalam masa 12 minit.

Soompi melaporkan kesemua 55,000 tiket habis dijual sejak ia dibuka untuk pra-pembelian pada 9 September lalu.

Konsert itu bakal berlangsung selama enam hari iaitu pada 9,11,13,15 dan 16 Oktober depan di Inner Gymnastics Arena di Stadium Jasmil, Seoul.

Tiket yang habis terjual itu mengejutkan ramai pihak kerana Hyo Shin bukan bintang kpop yang menjadi kegilaan peminat di Korea.

Sebaliknya, penyanyi itu lebih dikenali sebagai raja lagu-lagu balada selain sering menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri di negara itu.

Dalam pada itu, Hyo Shin dilaporkan bakal muncul dengan album pertamanya dalam tempoh enam tahun yang dijangka pada akhir tahun ini.

Park Hyo Shin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain