PENYANYI Sia meraikan tahun keenam dia bebas daripada ketagihan alkohol yang dialaminya sebelum ini dengan peminatnya di Twitter. Sia, 40, dalam statusnya memberitahu dia gembira dapat menjalani kehidupan yang sihat dan berjaya meninggalkan tabiat buruk itu. "Hari ini genap enam tahun saya 'bersih' daripada mengambil sebarang alkohol atau pun dadah. "Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong dan memberi semangat," katanya. Baru-baru ini, penyanyi lagu Cheap Thrills itu ketika muncul dalam program The Late Late Show With James Corden mendedahkan ketagihan tersebut hampir memusnahkan kehidupan dan kariernya. Bagaimanapun kata Sia, populariti yang diterima sejak muncul dengan lagu Chandelier membuatkan dia tersedar tentang masalah dihadapinya.