PRODUSER muzik Simon Cowell berasa kecewa dengan ahli kumpulan One Direction yang membuat keputusan untuk berpecah tanpa meminta pandangannya terlebih dahulu. Seperti dipetik Metro, Simon Cowel berkata, dia juga menyesal membuatkan kumpulan tersebut menjadi terkenal sehingga melupakan orang yang mengangkat nama mereka. "Sekarang ini saya banyak mendengar apa yang telah mereka lakukan tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Ini seperti isyarat seperti tidak mahu saya datang ke pesta mereka. "Maaf kerana sudah membuat mereka terkenal," ujarnya. One Direction dianggotai oleh Harry Styles, Liam Payne, Louis Tomlinson dan Niall Horan Bagaimanapun, Simon Cowell mengakui sudah mengetahui bahawa mereka mempunyai perancangan untuk bergerak secara solo.