Daily Mail melaporkan Rob terkilan dengan sikap Kylie walaupun majlis itu diadakan khas untuknya bagi menyambut kelahiran anaknya bersama Blac dalam masa terdekat ini.
"Tidak menjemput ibu kepada anak saya tetapi kamu mengadakan majlis ini untuk saya?
Status yang ditulis Rob yang turut mendedahkan nombor telefon Kylie.
"Kamu semua memang sudah gila," kata Rob di Twitter sambil meletakkan nombor telefon Kylie dalam status ditulisnya.
Dalam pada itu, hubungan Rob dan Blac sebelum ini mendapat tentangan keluarga Kardashian kerana wanita berkenaan pernah berkahwin dengan teman lelaki Kylie iaitu Tyga.
Blac turut mempunyai seorang anak lelaki bersama Tyga iaitu King Cairo.