suria

Detik Ngeri Kim Kardashian Dirompak Lima Lelaki Bersenjata

KIM Kardashian berdepan dengan pengalaman ngeri selepas diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di kediaman mewahnya di Paris pada Isnin.

Bintang realiti televisyen berusia 35  tahun itu terpaksa melalui detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai pakaian polis dan topeng muka mengacu pistol di kepala dan mengikat tangannya ketika kejadian lebih kurang pukul 3 pagi itu.

Kesemua perompak itu kemudiannya menggeladah kediaman Kim dan mencuri barangan kemas bernilai jutaan ringgit.

Kim menaiki jet peribadi untuk pulang ke Amerika Syarikat selepas kejadian tersebut.

Kim dilaporkan merayu untuk hidup sambil memberitahu bahawa anak-anaknya turut berada situ ketika dua daripada lima perompak itu memasuki bilik dan mengacukan pistol di kepalanya.

Kumpulan perompak itu mencuri sekotak barangan kemas bernilai 6 juta euro (RM28 juta) dan sebentuk cincin berharga 4 juta euro (RM18.49 juta) miliknya sendiri dan bukan barangan kemas yang dipinjam untuk acara 'Minggu Fesyen'.

Kim turut kehilangan dua buah telefon pintar miliknya yang berkemungkinan besar mengandungi banyak perkara peribadinya.

Kim memuatkan gambarnya di Snapchat sebelum kejadian rompak.
Sebelum melarikan diri, perompak-perompak itu meninggalkan Kim di bilik air dengan tangannya masih terikat.

Dalam pada itu, sebelum kejadian berlaku, Kim telah memuat naik gambarnya dilaman sosial, Snapchat yang memakai cincin pertunangan berlian 15 karat rekaan Lorraine Schwartz yang dihadiahkan oleh suaminya, Kanye West.

Ibu kepada dua anak itu yang tiba di Perancis sempena Minggu Fesyen Paris turut dilaporkan berada menggigil ketakutan namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, West berada di New York menghadiri acara Meadow Music and Art Festival dan terus membatalkan persembahannya sebaik sahaja menerima berita tersebut.

Selain itu,  kedua-dua anaknya, North (3 tahun) dan Saint yang berusia 10 bulan dipercayai tidak berada di bilik bersama Kim ketika kejadian.

Selepas itu, Kim dilihat menaiki jet peribadi untuk pulang ke Amerika Syarikat pagi Isnin dengan diiringi pembantunya serta pengawal peribadi, Pascal Duvier.

Ketika kejadian Duvier tidak berada di tempat kejadian dan dilihat keluar bersama Kourtney Kardashian pada Ahad malam.
Kim Kardashian, dirompak

Artikel Berikut

Artikel Lain