suria

Pengawal Peribadi Kim Kardashian Disiasat Berhubung Kes Rompakan

Pascal Duvier berkemungkinan di panggil pihak polis bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan majikannya, Kim Kardashian di Paris, Isnin lalu.

PENGAWAL peribadi bintang realiti Kim Kardashian dilaporkan akan dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan majikannya di Paris pada Isnin lalu.

The Sun melaporkan Pascal Duvier dilihat berpotensi sebagai suspek kejadian itu selepas lelaki itu diisytiharkan muflis pada Julai lalu dengan jumlah hutang sebanyak £1 juta (RM5.16 juta).

Bagaimanapun polis dalam satu kenyataan berkata, Pascal hanya akan dipanggil membantu siasatan dan bukan sebagai suspek.

"Hanya membantu siasatan tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku," kata seorang pegawai kes berkenaan.

Ketika kejadian Pascal sedang mengawasi adik-beradik Kim iaitu Kourtney dan Kendall di sebuah kelab.

Lelaki itu bagaimanapun pulang ke Amerika Syarikat bagi mengiringi Kim selepas insiden berkenaan.

Dalam pada itu, keluarga Kardashian ternyata terkejut apabila nama Pascal dikaitkan dengan insiden berkenaan kerana menyifatkan lelaki itu seorang yang amanah dan setia.

Bagaimanapun, suami Kim, Kanye West akan membuat keputusan sama ada ingin terus mengekalkan Pascal atau pun tidak bagi terus mengawasi keluarganya.

"Pascal sangat disukai oleh keluarga Kardashian kerana dia sangat amanah dan setia namun kejadian tersebut membuatkan Kanye berfikir kembali sama ada ingin terus mengekalkannya atau pun tidak.

"Ini kerana yang paling penting sekarang adalah keselamatan keluarganya," kata sumber.

Terdahulu, Kim berdepan dengan pengalaman ngeri selepas diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di sebuah hotel mewah di Paris pada Isnin lalu.

Kim, 35, terpaksa melalui detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai pakaian polis dan topeng muka mengacu pistol di kepala dan mengikat tangannya ketika kejadian lebih kurang pukul 3 pagi itu.

Kesemua perompak mencuri barangan kemas dianggarkan bernilai bernilai kira-kira AS$11 juta (RM45.2 juta).

Polis dalam siasatan awal memberitahu kejadian itu berkemungkinan dilakukan oleh individu yang mengenali bintang tersebut kerana agak sukar bagi orang luar memasuki tempat penginapan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain