suria

Jim Carrey Disaman Ibu Bekas Teman Wanita

Jim Carrey didakwa mengalami penyakit kelamin oleh ibu kepada bekas teman wanitanya.
IBU kepada bekas teman wanita Jim Carrey dilaporkan bakal memfailkan saman terhadap aktor terkenal itu selepas mendakwa dia menjadi punca kematian anaknya, Cathriona Whites.

Telegraph melaporkan wanita berkenaan dikenali sebagai Brigid Sweetman mendakwa Jim telah memindahkan tiga jenis penyakit kelamin kepada Cathriona sehingga menyebabkan anaknya itu meninggal dunia.

Kenyataan itu dibaut Brigid selepas suami kepada Cathriona, Mark Burton memfailkan saman serupa terhadap aktor berusia 54 tahun itu sebulan lalu.

Jim bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut.

Cathriona, 30, yang juga seorang jurusolek meninggal dunia pada September tahun lalu dan wanita itu dilaporkan meninggal dunia selepas mengambil beberapa ubat dan dadah berlebihan.

Dalam pada itu, Brigid dalam kenyataan kepada media memberitahu, Jim sepatutnya berasa malu dengan layanan diberikan kepada anaknya sehingga menyebabkan kematian wanita berkenaan.

Brigid turut mendakwa, Jim menggunakan peguamnya untuk memburuk-burukkan suami Cathriona agar menutup kesalahannya.

"Saya mahu dunia tahu siapa sebenarnya Jim Carrey - lelaki yang memberi anak saya penyakit kelamin, menipu tentangnya dan menggunakan namanya sebagai bintang terkenal untuk mengugut keluarga kami," katanya.

Menerusi saman yang difailkan di mahkamah, Brigid mendakwa Jim disahkan mempunyai penyakit kelamin iaitu STD selepas berjumpa dengan doktor pada Januari 2013 dan menggunakan nama Jose Lopez ketika mendaftar.

Jim Carrey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain