KUMPULAN Beast dilaporkan bakal meninggakan syarikat rakaman dan pengurusan yang dinaungi mereka sejak tujuh tahun lalu iaitu Cube Entertainment. Seperti dipetik Allkpop, lima ahli kumpulan itu sepakat untuk tidak meneruskan kontrak mereka dengan alasan tertentu. Bagaimanapun, mereka mengucapkan terima kasih atas jasa syarikat tersebut menaikan nama kumpulan itu dalam industri muzik Korea Selatan. Menurut sumber terdekat, kumpulan ini merancang untuk berdikari dengan menubuhkan sebuah syarikat rakaman dan pengurusan mereka sendiri. Terdahulu ketua kumpulan itu, Doo Joon ada memberi petanda di Instagram dengan menggambarkan tentang perpisahan dan rancangan besar mereka. "Kami akan menyambut ulang tahun ketujuh, banyak perkara yang akan berubah, saya harap peminat dapat menerima keputusan tersebut," ujarnya. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Doo Joon, Gikwang, Yoseob, Junhyung, dan Dongwoon.