BINTANG filem Hollywood, Megan Fox dan suaminya Brian Austin Green akhirnya berkongsi foto anak bongsu mereka yang lahir pada Ogos lalu. Foto berkenaan dikongsi menerusi akaun Instagram Megan yang memperlihatkan dia berbaring di sisi anaknya, Journey sambil kedua-dua mereka memandang kamera. Pasangan suami-isteri itu turut mempunyai Noah, 4, dan Bodhi, yang berusia dua tahun. Megan menjelaskan; "Saya suka mengandung yang mana ramai wanita tidak merasai seperti itu. "Ia benar-benar tidak selesa kerana mengandung itu menyakitkan tetapi keseluruhannya, ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya. - Miror