PELAKON Ryu Jun Yeol tidak berkecil hati apabila ada sesetengah pihak mempersenda serta mengutuk wajahnya dengan menggelarnya sebagai hodoh. Jun Yeol berkata, dia mengakui wajahnya tidak tampan seperti kebanyakan selebriti lelaki lain dan menganggap dia adalah seorang lelaki biasa tanpa keistimewaan tertentu. "Saya tidak perlu berasa kecil hati atau tersinggung dengan kata-kata orang kerana paling penting saya selesa dengan fizikal saya. "Benar saya bukan seorang yang kacak dan ia bukan satu masalah," katanya seperti dilaporkan Soompi. Dalam pada itu, Jun Yeol berkata, dia tidak merasakan perlu membuat sebarang perubahan semata-mata untuk memuaskan hati orang lain kerana dia tidak melihat ia sebagai satu masalah. "Memang bagus kalau kita berwajah kacak dan dapat menarik perhatian orang lain tetapi pada saya ia bukan sahaja mengenai perkara itu. "Saya juga tidak akan berubah hanya kerana orang lain ingin saya berbuat demikian," katanya.