suria

Isu Video Seks, Jung Joon Young Heret Penyebar Fitnah Ke Mahkamah

Jung Joon Young pernah dikaitkan dengan penyebaran video seks yang mirip wajahnya.

SYARIKAT pengurusan Jung Joon Young sudah mengenal pasti beberapa individu yang menyebarkan fitnah terhadap pelakon dan penyanyi itu di laman sosial.

C9 Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan selepas amaran dikeluarkan sebelum ini tidak diendahkan.

"Sebelum ini pihak kami telah mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menulis atau menyebarkan berita tidak benar tentang Joon Young.

"Kami sudah pun mengumpul bukti dan bakal mengheret beberapa individu ke mahkamah dalam masa terdekat ini," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Soompi.

Sebelum ini, nama Joon Young, 27, menjadi perhatian apabila dia dikatakan sebagai individu dalam sebuah video seks bersama seorang wanita tersebar luas di internet baru-baru ini.

Menyangkal dia adalah lelaki dalam video berkenaan, Joon Young bagaimanapun mengakui pernah merakamkan video seks dengan bekas kekasihnya namun ia sudah pun dipadam tidak lama selepas itu.

Sementara itu, C9 Entertainment dalam kenyataan itu juga memberitahu, pihak tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih banyak terhadap sesiapa yang mengeluarkan komen berbaur fitnah terhadap artis mereka.

Jung Joon Young

Artikel Lain