PENYANYI Jennifer Lopez dilaporkan masih berhubung dengan bekas teman lelakinya, Casper Smart walaupun sudah berpisah pada tahun lalu. Aceshowbiz melaporkan pasangan itu dikatakan masih mempunyai perasaan cinta dan berkemungkinan akan kembali sebagai kekasih. "Mereka sering berhubung menerusi telefon dan mesej kerana masing-masing belum melupakan kisah yang berlaku di antara mereka. "Jangan terkejut sekiranya mereka kembali bercinta," kata sumber. Jennifer dan Casper mula bercinta pada 2011 namun mereka berpisah tiga tahun kemudian sebelum kembali bersama beberapa minggu selepas itu. Mereka sekali lagi berpisah pada Ogos tahun lalu selepas Jennifer menangkap Casper curang terhadapnya dengan wanita lain.