SINGLE Sistar berjudul One More Day yang baharu dilancarkan pada Selasa didakwa menyokong aktiviti hubungan sejenis LGBT. Muzik video yang mengisahkan penyanyi utamanya Hyorin cs bercinta dengan teman baiknya yang juga seorang wanita. Kedua-dua pelakon dalam muzik video itu melakonkan adegan-adegan romantik sebagai pasangan kekasih. Muzik video itu menjadi perbualan netizen dengan pelbagai reaksi negatif dan positif. Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang berfikiran terbuka dan lebih menilai kualiti lagu tersebut berbanding video muzik sensasi itu. Sehingga kini muzik video itu sudah ditonton sebanyak 273,138.