suria

G-Dragon Elak Soalan Gosip Cinta Dengan Model Jepun

G-Dragon tetap mengelak daripada mendedahkan hubungannya dengan model dari Jepun iaitu Nana Komatsu dan Kiko Mizuhara.
PENYANYI G-Dragon tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjawab tentang gosip yang mendakwa hubungannya dengan model Jepun iaitu Nana Komatsu dan Kiko Mizuhara sudah pun berakhir.

G-Dragon berkata, jika dia mengesahkan perkara itu ia hanya akan membawa kepada persoalan lain yang tidak akan berakhir.

"Jika saya mengesahkan hubungan kami sudah berakhir maknanya saya secara tidak langsung mengakui pernah mempunyai hubungan dengan mereka.

"Jadi saya menolak untuk menjawab soalan berkenaan," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, G-Dragon menjelaskan dia tidak bersikap terbuka tentang perihal percintaan kerana merasakan ia tidak adil untuk pasangannya.

Penyanyi yang juga anggota kumpulan Big Bang itu berkata, sebagai seorang selebriti dia sentiasa terdedah dengan perhatian dan bimbang sekiranya teman wanitanya turut diheret sama dalam situasi tersebut.

"Siapa yang tidak mahu bercinta kerana pada saya perasaan untuk disayangi dan menyayangi itu sangat penting dalam kehidupan manusia.

"Bagaimanapun sebagai seorang selebriti saya melihat akan lebih banyak perkara negatif berlaku sekiranya saya terbuka dengan kisah peribadi saya," katanya ketika muncul dalam program Radio Star bersama Big Bang baru-baru ini.

Bagaimanapun kata penyanyi itu, sekiranya suatu hari nanti dia ditakdirkan bertemu dengan seorang wanita yang bersikap terbuka tentang percintaan dia tidak kisah untuk berkongsi dengan peminat.
G-Dragon, Big Bang

Artikel Lain