PENYANYI Selena Gomez dilaporkan menganjurkan majlis kejutan untuk menyambut ulang tahun kekasihnya The Weeknd yang ke 27 pada Khamis lalu.
Seperti dipetikTMZ, bekas bintang Disney itu membelanjakan sebanyak USD $30,000 iaitu kira-kira RM133,000 untuk sambutan mewah tersebut.
Majlis hari jadi itu diadakan secara besar-besaran di Dave & Buster, Hollywood.
Beberapa rakan artis turut kelihatan seperti French Montana, 2 Chainz, Big Sean, Travis Scott (II), Migos dan Bryson Tiller.
Majlis itu bermula kira-kira pukul 11 malam hingga pukul 4 pagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Hands to Myself tidak hadir dan berada di New York untuk menghadiri acara New York Fashion Week.
Namun, penyanyi itu memastikan semua caj perbelanjaan itu diletakkan atas namanya.