SEBAGAI memperingati bapanya, anak kepada mendiang Michael Jackson iaitu Prince Jackson mencacah tatu gambar raja pop itu pada bahagian betis kaki kanannya. USA Today melaporkan Prince, 20, memuat naik video hasil tatu berkenaan di Instagram miliknya baru-baru ini dan memberitahu ia adalah tribute kepada bapanya. "Terima kasih @dermagraphink kerana menghabiskan masa selama sembilan jam untuk tatu yang cantik ini. Tatu yang dicacah pada bahagian betis kaki Prince. "Saya akan muat naik lebih banyak tentang tatu ini selepas ini," tulisnya pada kapsyen video itu. Tatu itu adalah ilustrasi daripada salah satu gerakan ikonik Michael (kaki bersilang dan tangan diangkat) dengan pakaian popularnya iaitu sut hitam bersama kemeja merah dan sarung kaki putih. Penyanyi yang popular menerusi lagu Billie Jean itu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada Jun 2009 di kediamannya di Los Angeles.