suria

Peminat Sewa Papan Video Iklan Hadiah Hari Jadi Jessica

PEMINAT bekas anggota kumpulan Girls' Generation iaitu Jessica Jung sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyewa papan video iklan sebagai hadiah hari jadinya ke-27 pada Selasa.

Kelab peminat di China iaitu JungSooYeonBar menyewa papan video iklan yang berlokasi di New York dan tidak jauh dari butik penyanyi itu Jessica 'Blanc % Eclare" di Soho.

Video berdurasi 18 minit itu akan memaparkan perjalanan kerjaya solonya menerusi muzik video Wonderland dan Fly, selain mempromosi produk Blanc & Eclare.

Ia akan mula beroperasi pada tarikh ulang tahunnya iaitu 17 April hingga 21 April ini.

Jessica Jung

Artikel Lain