PELAKON Lee Min Ho bakal memulakan latihan ketenteraan selama dua tahun bermula Mei ini. Korea Herald melaporkan perkara itu disahkan sendiri oleh pihak pengurusannya iaitu MYM Entertainment berhubung teka-teki berhubung perkara itu. "Benar Lee Min Ho akan memulakan latihan ketenteraannya bermula 12 Mei ini dan buat masa ini dia sedang membuat persediaan sebelum memasuki kem," kata wakil pengurusannya. Bagaimanapun, Min Ho tidak akan menjalani latihan ketenteraan yang berat seperti pelatih lain dan akan bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Awan di pejabat Gangnam-gu. Ini kerana Min Ho tidak boleh melakukan aktiviti berat kesan daripada kemalangan jalan raya yang dialaminya bersama pelakon Jung Il Woo pada 2006. Min Ho memulakan kariernya pada 2003 menerusi drama bersiri berjudul Campus. Namanya menjadi fenomena apabila lakonannya dalam Boys Over Flowers menjadi kegilaan di seluruh Asia.