suria

Jaket Berharga RM6,600 Milik Key (SHINee) Terbakar

Key (SHINee) sedih apabila jaket jenama Gucci miliknya terbakar.

HARI malang buat penyanyi Key daripada kumpulan SHINee apabila jaket jenama Gucci miliknya yang berharga AS$1,500 (RM6,600) hangus terbakar.

Koreaboo melaporkan kejadian itu berlaku selepas jurugaya SHINee secara tidak sengaja meninggalkan jaket itu di atas lampu pentas yang panas sebelum ia terbakar.

Key memuat naik gambar jaket kesayangannya yang terbakar.

Ketika itu kumpulan itu sedang mengadakan persembahan di Vancouver, Kanada menerusi konsert jelajah dunia mereka iaitu SHINee World V Tour.

Penyanyi itu turut berkongsi kisah itu dengan peminat ketika sedang mengadakan persembahan di Dallas, Texas dan memberitahu sangat bersedih dengan kejadian itu.

Key turut memuat naik gambar jaket itu di Instagram miliknya dan masih bersedih dengan kejadian itu.

Key, SHINee, Gucci

Artikel Lain