PENYANYI Katy Perry mengesahkan dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri American Idol pada tahun hadapan. Katy mendedahkan perkara itu menerusi Twitter beberapa hari lalu selepas memberi bayangan tentangnya ketika ditemubual menerusi program Ellen DeGeneres Show. "Sangat gembira ABC Network menerbitkan kembali American Idol. "Saya akan membawanya kembali ke muzik? Anda di uji bakat?," tulisnya. Sebelum ini, pihak ABC Network mengumumkan musim ke-15 program popular itu pada tahun lalu adalah yang terakhir. Bagaimanapun berita pengumuman American Idol akan kembali dengan musim terbaharu pada tahun hadapan mengejutkan semua pihak. Kedudukan Ryan Seacrest sebagai hos pula masih belum diketahui namun ramai menjangkakan pengacara terkenal itu akan dikekalkan.