suria

Kanser Kali Kedua Buat Olivia Newton-John

Olivia Newton-John akan menangguhkan konsert jelajah dunianya bagi memberikan tumpuan kepada rawatan kanser payudara.

LOS ANGELES: Penyanyi Olivia Newton-John mendedahkan penyakit kanser payudara kembali menyerangnya dan kini ia sudah merebak sehingga bahagian belakang badannya.

Olivia, 68, dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Selasa lalu turut memberitahu dia terpaksa menangguhkan konsert jelajah dunianya di Amerika Syarikat dan Kanada bagi mendapatkan rawatan segera.

Penyanyi lagu Physical itu pernah menghidap kanser sama pada 1992 namun keadaannya kembali pulih.

Dalam kenyataan itu lagi, Olivia berkata, dia akan mendapatkan rawatan di Olivia Newton-John Cancer Wellness & Research Centre di Melbourne, Australia.

Pusat itu ditubuhkan oleh Olivia bagi melakukan kajian dan membantu pesakit-pesakit kanser. - REUTERS

Olivia Newton-John

Artikel Lain