suria

Peminat Lancar Perang Terhadap Sungmin (Super Junior)

Peminat tidak berpuas hati dengan sikap Sungnim yang tidak memperdulikan peminatnya.

PEMINAT kepada penyanyi Sungmin melancarkan perang terhadap anggota kumpulan Super Junior itu dengan memboikot karier seninya.

Koreaboo melaporkan peminat berang dengan sikap Sungmin yang tidak lagi memperdulikan mereka sejak berkahwin pada 2014.

"Dia tidak pernah lagi memuat naik gambar atau memberi kami kisah kehidupannya sejak berkahwin.

"Kami langsung tidak tahu mengenai kehidupannya lagi sejak Sungmin berkahwin," tulis seorang peminat.

Sebelum ini, peminat memang berang dengan Sungmin apabila berita perkahwinannya hanya diketahui menerusi laporan akhbar dan bukannya datang daripada mulutnya sendiri.

Apabila peminat meminta reaksi mengenai perkahwinannya dengan pelakon Kim Sa Eun, Sungmin bertindak berdiam diri.

Dalam pada itu, peminat memberitahu sikap buruk Sungmin itu akan memberi kesan kepada kumpulan Super Junior secara keseluruhannya.

"Kedegilan dan sikap sombongnya terhadap peminat bukan sahaja merugikan dirinya tetapi Super Junior.

"Kami sarankan dia berhenti daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bersama Super Junior," kata salah seorang peminat pula.

Sementara itu, SM Entertainment dalam satu kenyataan memberitu pihaknya akan mengaturkan sebuah majlis bertemu peminat bagi membolehkan Sungnim menjelaskan keadaannya yang sebenar.

Sungnim, Super Junior

Artikel Lain