suria

Park Bo Gum, Jang Nara Nafi Sudah Berkahwin

Agensi Park Bo Gum dan Jang Nara menafikan berita perkahwinan mereka berdua.

SELEPAS setahun pelakon Park Bo Gum dan Jang Nara menafikan hubungan cinta mereka, kini timbul pula gosip mengatakan mereka berdua sudah pun berkahwin. 

Pasangan ini dilihat bersama di salah satu lokasi perkahwinan di Cheongdam dan mereka seperti sedang sibuk melakukan persiapan kahwin.

Namun, pada 23 Jun lalu agensi Park Bo Gum dan Jang Nara memberitahu, "Ia tidak logik. Kami tidak tahu kenapa gosip macam ini boleh tersebar tanpa bukti. Yang pasti, laporan itu palsu!"

Park Bo Gum dan Jang Nara pernah bergandingan menerusi drama KBS, I Remember You pada 2015.

Hubungan cinta antara mereka mula diperkatakan pada awal 2016.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama Love In The Moonlight ini pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungannya itu.

"Saya terkejut apabila dapat tahu tentang berita percintaan saya dan Nara menjadi bualan hangat," kata Park Bo Gum yang mengganggap antara mereka hanya sekadar kawan rapat.

Park Bo Gum, Jang Nara

Artikel Lain