suria

Miley Cyrus Kongsi Foto Ciuman Pertama Bersama Liam Hemsworth

Peminat amat mengharapkan agar Miley dan Liam segera menyambung kembali kisah percintaan mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.

DIKETAHUI Miley Cyrus dan Liam Hemsworth sebelum ini melalui perjalanan cinta yang panjang sehingga membawa kepada pertunangan mereka pada awal 2016.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengambil keputusan untuk putus dan menjalani kehidupan masing-masing selama dua tahun.

Terbaharu, khabar mengatakan Miley dan Liam akan kembali menyambung cinta disambut gembira peminat-peminat mereka apatah lagi ada yang mengesahkan mereka akan segera berkahwin.

Malah kedua-duanya semakin terbuka menunjukkan cinta mereka pada umum, termasuk melalui akaun media sosial masing-masing.

Baru-baru ini, Miley memuat naik foto ciuman pertamanya dengan Liam di laman twitter.

Menerusi foto tersebut, mereka kelihatan begitu romantis berciuman di pantai biarpun pada ketika itu mereka masih belum bergelar kekasih.

Seperti yang kita tahu, Miley dan Liam pertama kali dipertemukan dalam filem The Last Song.

Filem itu juga punca mereka terjebak dengan cinta lokasi yang akhirnya menjalin hubungan asmara sehingga sekarang.

Katanya, Miley bukan sengaja memuat naik foto yang telah tersimpan hampir lapan tahun lalu, sebaliknya dikatakan ingin meraikan hari ciuman sedunia baru-baru ini

Miley Cyrus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain