suria

Nicki Minaj Minta Sperma Rakan

Nicki Minaj (kanan) mahu Nas mendermakan spermanya supaya dia boleh mengandung tanpa perlu berkahwin.

PENYANYI Nicki Minaj ada menyimpan hasrat untuk mempunyai cahaya matanya sendiri dan dia sudah memikirkan seseorang yang boleh membantunya.

Menerusi laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu Nicki tidak akan berkahwin dalam masa terdekat tetapi dia tetap mahu menjadi seorang ibu.

"Sudah tentu Nicki Minaj belum lagi hamil tapi dia memang mahu anak dengan cepat sementara masih muda.

"Tapi mungkin dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Cuma dia tidak mahu perkara tersebut menghalang dia meneruskan impian untuk menjadi ibu. 

"Baru-baru ini, Nicki berkesempatan memegang bayi rakannya dan sejak daripada itu dia rasa tidak sabar mendukung bayi sendiri," kata sumber. 

Menurut sumber lagi, berkemungkinan besar Nicki akan meminta pertolongan daripada rakan baik dia iaitu Nas untuk menderma spermanya.

"Dia ada terfikir idea untuk meminta pertolongan daripada Nas. Nicki rasa bayi mereka akan memiliki bakat yang besar dan dia tidak boleh memikirkan sesiapa selain Nas," ujarnya.

Nicki Minaj, Nas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain