NAMPAKNYA Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mulai serius merancang majlis pernikahan mereka. Buktinya, kedua-dua mereka dikhabarkan sudah bertemu keluarga kedua belah pihak secara rasmi. Pertemuan itu dikatakan sebagai perjumpaan pertama antara keluarga besar Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Ini bermakna mereka sudah serius merencanakan urusan pernikahan tersebut. Bagaimanapun, berita tersebut dinafikan oleh pihak pengurusan artis terbabit. Dipetik daripada satu sumber terdekat, pihak Blossom Entertainment menegaskan pertemuan rasmi kedua keluarga ini sehingga ke saat ini belum berlangsung. "Saat ini mereka masih menentukan jadual untuk tujuan itu," Kata salah seorang jurucakap mereka. Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mula dihidu bercinta sejak menjalani penggambaran Descendants of the Sun pada 2015 lalu. Dikatakan jika tiada aral melintang, mereka merancang untuk bernikah pada 31 Oktober depan. Sama-sama kita tunggu!