suria

Peti Suara Rosak, Adele Belajar Bahasa Isyarat

Masalah peti suara dialami penyanyi Adele semakin parah.

MASALAH peti suara yang dialami penyanyi popular Adele sejak beberapa tahun kebelakangan ini mula memberi kesan kepada karier nyanyiannya sehingga terpaksa membatalkan konsert jelajah dunianya.

Penyanyi berusia 29 tahun itu dikhabarkan kehilangan suara sehingga terpaksa belajar menggunakan bahasa isyarat.

Seperti dipetik The Sun, sumber memberitahu Adele mula berkomunikasi dengan orang sekeliling menggunakan bahasa isyarat bagi mengurangkan penggunaan suara agar kerosakan peti suaranya tidak bertambah teruk.

"Adele sama sekali tiada suara sekarang ini. Dia tidak menjawab sebarang pertanyaan orang yang tidak tahu tentang masalah suaranya.

"Dia juga menggunakan bahasa isyarat dengan orang sekelilingnya dan terlalu kecewa dengan perkara itu," ujar sumber.

Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu tetap memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Biarpun terpaksa membatalkan konsert jelajahnya, wanita bersuara emas ini dijangka bakal muncul dengan album terbaharunya tidak lama lagi.

Adele

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain