suria

Kim Jaejoong Bimbang Dilupakan Peminat

Kim Jaejoong bimbang dirinya dilupakan.

PENYANYI Kim Jaejoong baru-baru ini terbuka untuk berkongsi tentang ketakutan yang dihadapinya ketika berkongsi hal itu bersama @star1. 

Kim Jaejoong, 31, berkata dia takut jika dirinya dilupai ketika menjalani latihan tentera pada penghujung tahun lalu.

"Paling saya bimbang ketika berada di pusat latihan tentera apabila diri saya dilupakan.

"Perkara tersebut membuatkan saya tak sabar nak sambung kerja dan lakukan yang lebih baik.

Foto terbaru Kim Jaejoong ketika sesi fotografi bersama Star1

"Memang tidak dinafikan berehat daripada kerja sangat menakutkan," kata Kim Joejoong menerusi laporan Soompi.com.

Sementara itu, perjalanan karier salah seorang ahli kumpulan JYJ ini sudah masuk 14 tahun. 

"Saya tak percaya dah 14 tahun dalam industri seni. Kenangan dari 10 atau beberapa tahun lalu terasa jauh sekali sekarang ini. 

"Setiap pengalaman dalam bidang ini rasa macam baru sahaja dan sangat hebat bagi saya untuk lalui," ujarnya. 

Kim Jaejoong kini sedang mempromosikan drama terbaru lakonannya bertajuk Manhole yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kim Jaejoong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain