suria

Ibu Bersuara Sungmin (Super Junior) Kena Boikot

Sungmin (Super Junior) diboikot peminat kerana berang dengan sikapnya.

TINDAKAN peminat yang meminta Sungmin keluar daripada kumpulan Super Junior dan ingin memboikot karier seninya telah membuatkan ibu penyanyi itu bersuara.

Bercakap secara eksklusif kepada The Korea Herald, ibu Sungmin iaitu Kang Kyung Hwa memberitahu dia memahami mengapa peminat terlalu marah kepada anaknya namun berharap pemuda itu diberi peluang untuk berubah.

"Orang muda sekarang terlalu lemah dan banyak melakukan kesilapan namun saya yakin Sungmin akan kembali dengan lebih bersemangat selepas insiden ini.

"Saya tidak menyalahkan peminat malah memahami mengapa mereka kecewa dan marah," katanya.

Peminat Sungmin melancarkan perang terhadapnya kerana berang dengan sikapnya yang tidak lagi memperdulikan peminat sejak berkahwin pada 2014.

Akibat insiden itu, Sungmin mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam aktiviti promosi album terbaharu kumpulan itu.

Malah Sungmin juga turut menulis surat permohonan maaf secara terbuka kepada peminatnya.

Sungmin, Super Junior

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain