IMPIAN bintang realiti Kim Kardashian untuk memiliki anak ketiga hampir menjadi kenyataan apabila dia bakal menimang cahaya mata pada tahun hadapan. TMZ melaporkan keputusan Kim menggunakan kaedah ibu tumpang menampakkan hasil apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu dilaporkan sedang hamil tiga bulan. Sebelum artis itu dan pasangannya Kanye West mengumumkan akan menggunakan khidmat ibu tumpang selepas Kim dinasihatkan untuk tidak lagi hamil. Ini kerana wanita berusia 36 tahun itu mempunyai masalah pada bahagian plasenta dan sekiranya dia hamil ia akan mengancam nyawanya. Membesar dalam sebuah keluarga yang besar, Kim dalam satu temubual pernah memberitahu mahukan anak yang ramai. "Saya mempunyai ramai adik-beradik dan saya sukakan keadaan itu dan ingin mempunyai anak yang ramai," katanya.